Friday, October 11, 2013

.projek ehemmm

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak domenjak ai menonton Restoran Mustahil dekat Rangkaian Makanan, ai dapat rasakan tahap kekreativiti ai semakin meningkat selari dengan peningkatan berat badan (oppss). Bukanlah dari segi kreativiti ai menyediakan hidangan omputeh yang setap setap macam spegeti boloknis, mek n cis dan pelbagai keluarga rona-roni yang lainnya (tekak ongmelayu - nasi gulai masak lemak sambal ikan goreng - buleh join Rangkaian Makanan tak??), atau juga peningkatan ai mengendalikan restoran setelah di maki hamun cef Robert badan ketak (ai tadek restoran sobs sobss), tapi dari segi hiasan dalaman restoran yang dimekover..

Kagum ai tahap menitis ailio bila nengokkan restoran yang dulu macam rumah hantu dimekover dengan jumlah seploh ribu  duit amerika.. Sebab kebanyakan hiasan cuma menggunakan barangan murah tapi diduplicatekan sampai nampak mahai bak hang..

ai pun mula berangan-angan.. kalaula umah ai ada tepian laman yang luas boleh la ai merekacipta sesuatu dengan barangan terpakai yang dipanggil proses DIY.. Do It Yourself la.. sebab ai tak ber Du It so ai kena Do It la sendirik...

Meh tengok apa yang ai hajatkan...

gambaq kredit google

Tadaaaa!!

ini namanya wood pallet. Dekat kilang-kilang banyak menda ni untuk jadi pelapik apa-apa la yang diorang dah pek.. Pandai-pandai korang la nak pahamkan tujuan menda ni digunakan dekat kilang..

wood pallet bodo ni kalau diteranspomkan dengan cara yang kreatif boleh jadi menda yang korang tak terduga dengan kebodoannya..hehe













semua gambaq kredit google


kelas gituu..asal saki baki kilang je boleh jadi menda yang cantik dan berguna.. Dekat Restoran Mustahil pun ada guna menda ni untuk jadi salah satu bahan dekorasi yang diorang gunakan..

wood pallet ni pun bukan senang jugak nak dapat..nak kena mintak dari kilang bebaik takkan nak mencuri pulak kan..untung-untung kalau jumpa boleh la ambik..kalau ada wood pallet free buleh la buat menda-menda ni.. kalau nak pi beli kayu semata-mata nak buat memang tak berbaloi la bak hangg..

gambaq kredit google

ini yang ai puji dengan omputeh..tahap kreativiti melampau-lampau...lawa kan katil baby ni...teruja ai tengok tau..rasa nak pi ja kilang susu kambing kat depan umah ni nak mintak wood pallet..kita ni, kalau kena gaya rajin ngan tekun memang menjadi mendalah ni..kalau ai memang tekun tapi kena ada yang tolong la..hilang la cute ai nak memotong kayu nak memaku menda ni kan..hehe

In Sha Allah, kalau ada rezeki ai, sang arjuna dengan anak-anak bulus kami pindah rumah bolehla diusahakan satu dua benda dari wood pallet ni..

Doakan kami

Aminnn




Thursday, October 10, 2013

.Kamis Malam Jemahat

Assalamualaikum w.b.t

internet sangat lembab niari...
huhh, kalau lembab seperti kulit pipi yang menggunakan SK Dua tak apa la jugak,
ini lembab tahap siput khenzer melenggang kangkong...
kalau baru bayar, konetsyen amat laju sekali seperti khenzer liar terancam menyerang penoreh getah di pagi hari  (ehh)
sapasuruhdonlodlagukatyoutubebanyakbanyakpastuconvertjadimp3kandah selow

lagi dua hari minggu ini akan berakhir..
ye la, kan dah Kamis malam Jumaat ni..
selalu malam Jumaat, pakcik Kamis buat apa...
haa, tengok Karoot Komedia la...mende la pikir bukan-bukan...
acara main pondok-pondok ke nak membunuh syaitonirajim selepas itu ye..

haha..nakal tau

minggu ni dah hampir berakhir, tapi masih belum ada apa-apa hasil yang boleh dianggap munasabah dari saya..

Oh ada satu, saya mandikan Cemong..bukan rutin yang selalu saya buat..yess, ada aktiviti berpekdah akhirnya..

laa, itu jer??

jadi surirumah (jobless wife sebenarnya sebab peranan saya tidaklah sesuri mana so far) bukanlah impian asal saya..jika ditanya impian semua perempuan sebaya saya, for sure semua ingin hidup bersenang lenang berpesta ria sambil merias kuku terletih ketip sampai ke isi dan merawat kulit muka kering mengelupas kerana gedik nak mencuba 'Noveles Visas' walaupun orang dah kata jangan monyet jangan.

haihh, parahh...

it's okay kalau tak bekerja, at least kita kena pandai cari kerja kan....

mungkin kena ada 'teranspomasyen' dalam masa terdekat ni..
kena jumpa bomoh siah mangkali untuk kembalikan aura rajin yang menghilang dua tiga menjak ni...
nak mintak jugak sisih aura M yang menjengah bersama kepulan lemak baru di anggota badan..

yup kena ada 'teranspomasyen'

mesti..

p/ss: inilah akibat Kamis Malam Jemahat tak dapat bermanjain dengan sang arjuna..sabar je la..ekekekekee..merepek meraban je kejanya


Wednesday, October 9, 2013

.jaga'in dia dong


Assalamualaikum w.b.t

ai masih lagi dalam mood lovey-dovey..
gegeh kan..

masa tengah mendonlod lagu secara pukal kat utube,
ai ada jumpa lagu ni..
seswai untuk kekasih hati pengarang jantung yang jauh kat sane..

sedap sore dak ni..
lemak-lemak masin gitu...

cekidaut




Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuesday, October 8, 2013

.malaysia boleh!!

Assalamualaikum w.b.t



gambaq kredit google


As I told you, Malaysia Boleh!! 

haippp

Monday, October 7, 2013

.rindu bertandang lagi

Assalamualaikum w.b.t

rindu..
rindu..
rindu..
rindu..
rindu la oiiii...


saya rindu sama mr mh..saya rindu honeybunch sugarplum saya ni..
suami saya seorang pelaut..
selalunya, dua bulan pi kerja, dua bulan dua cuti..
saya kena tunggu lagi sebulan 3 minggu baru dapat 'gaduh' dengan dia..
heehhe..

syukur saya dikurniakan Allah suami yang baik hati walaupun pe'el kekadang ntah hapa-hapa..
syukur saya dikurniakan Allah suami yang penyayang walaupun tak selalu dia sebut dia sayangkan saya, selalu saya yang tanya 'sayang ai tak?'
syukur saya dikurniakan Allah suami yang rajin.. sebab saya pemalas kalau dia ada..nak manja kekdahnya..dia rajin ngemas umah, mop lantai, layan kucing-kucing..saya cuma masak je, tu pun kadang-kadang dia take hover..haha
syukur saya dikurniakan Allah suami yang.....macam macam la..

kadang-kadang, bila rindu camni rasa rugi pulak asyik gaduh-gaduh kalau dia ada kan??
pastu, bila tak nampak kat mata, asyik rindu je..

hadoiii...
masuk dapur jap la...
masak megi...
harap rindu buleh hilang sikit..
heehehe

Sunday, October 6, 2013

.kisah si anjing ajaib

Assalamualaikum w.b.t


saya sebenarnya agak takut dengan anjing..
kalau jumpa anjing, mesti dah seram satu badan..
padahal anjing tu jauh lagi..
duk terasa anjing tu nak ligan kejar
duk terasa anjing tu nak tokak gigit
duk terasa anjing tu nak hamboq menyalak 
padahal,
anjing tu tak hingin ponn

saya yang takut lebih-lebih..

dulu,
saya pernah jumpa seekor anjing yang terlekat balang plastik kat kepala dia..
ala, balang isi cekedis gula-gula tu...
yang bekas panjang macam isi cekelat cloud9 la macam-macam lagi..
kalau sekali tengok, ala-ala angkasawan pakai 'balang kaca' kat kepala tu..
apa nama balang tu saya tak tau la..
saya tengok, balang plastik tu dah buruk dan berlumut hijau!!
saya syak, dah beberapa hari anjing tu terperangkap dalam balang tu..
rasanya, anjing tu cuba nak dapatkan sesuatu dalam balang tu..
lastly kepala dia termasuk dalam tu..
ataupun, ada orang yang masukkan kepala dia dalam balang tu..
berapa banyak tu daa
ish, dan lagi kamu buruk sangka ye..hehe

gambaq kredit  google

kira-kira macam ni keadaan anjing yang saya jumpa tu..
ada la dalam 4 ke 5 kali saya jumpa sebelum anjing tu hilang..
saya pernah call Jabatan Veterinar Daerah suh tolong selamatkan anjing tu..
malangnya saya kena gelak dengan kakitangan yang jawab..
diorang kata, biarla nanti dia buleh bukak sendiri..

shit
tetiba saya terfikir, diorang tu cuma tahu selamatkan lembu je ke..

balang tu sampai dah berlumut hijau dan buruk sangat..
agaknya, dah berapa hari anjing tu terperangkap ye..
dah berapa hari dia tak makan..
ntahkan udara yang dia duk hembus masuk selama ni buat balang tu jadi hijau berlumut..
ishh, kesian..
saya harap, ada orang yang dah selamatkan anjing tu..

oke, mai kita ke tajuk sebenar..
siapa pernah dengar pasal Patrick??
alaaa, bukan kawan Spongebob seluar petak tu la..

ini kisah menyayat hati pasal seekor anjing pitbull mix yang dibuang dari tingkat 19 sebuah apartment melalui gelongsor sampah.

anjing tu ditemui dalam beg plastik sampah hitam dalam keadaan kurus kering dan nyawa-nyawa ikan...
kejamnya

gambaq kredit google

macam ni la keadaan anjing tu masa mula-mula dijumpai..
Ya Allah, saya yang tengok ni rasa nak nanges, apatah lagi yang
jumpa dia kan...

anjing ini ditemui oleh pekerja penyelenggaraan apartment yang mendapati 
satu bungkusan plastik bergerak-gerak dan setelah dibuka, seekor anjing dalam keadaan menyedihkan, kurus kering, kesejukan dan kelaparan ditemui..

anjing berkenaan dibawa ke hospital veterinar dan kakitangan sedaya upaya menyelamatkan anjing yang diberi nama Patrick itu.

Patrick sentiasa dilindungi dengan pad pemanas dan selimut menunjukkan kesan positif selepas rawatan  kecemasan sepanjang 24 jam terhadapnya dan menunjukkan perubahan yang luar biasa.

jom tengok perubahan Patrick the Miracle Dog..
aukkk aukk






semua gambaq kredit google

see, Patrick dah sihat dan menggemuk dengan jayanya..
syukur dia dah tinggal dengan adopter baru yang sangat sayangkan dia..

kalau ada jumpa kucing atau anjing yang berkeadaan camni,
bawak la balik..
dia mungkin boleh hidup kalau semangat dia kuat..
kita cuba, bawak ke vet, bagi makan ubat dan makanan secukupnya...
jangan terus hukum 'dia ni tak lama dah' masa baru jumpa..
ambik dan rawat dulu..
kalau mati jugak, kita tak salah..
kita dah cuba kan???

ini kisah dua tahun dulu..
dan tuan sebenar hanjing ni pompuan negro dan dicaj membiarkan anjing ni kebuluran selama 2 tahun!! dan dah kena penjara pun...

tapi setahun setengah je...ish tak patut..kurang-kurang dua tahun la..
pastu jangan bagi dia makan..bior kurus badan gemuk dia tu..

gambaq kredit google

ni ha si lahabau yang dera si Patrick Miracle..
bajet cantek kerr dengan rambot pelesu pink..
ingat orang tak kenal kot..

puiii

.perempuan, isteri dan ...

Assalamualaikum w.b.t

sekadar perkongsian kita bersama..

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?


1. Perempuan yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
  • Perempuan yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Perempuan yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
  • Perempuan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Perempuan yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
  • Begitu juga perempuan yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Perempuan yang meninggal dunia setelah berkahwin.
  • Perempuan ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Perempuan yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
  • Perempuan ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Perempuan yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
  • Perempuan yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

sekian, tazkirah untuk hari ini..
semoga perkongsian ini bermanfaat..


p/s: cemana kalau 'perempuan yang meninggal dunia selepas berkahwin, dan suaminya berkahwin lain'..dia jadi milik siapa ek..sapa buleh jawab???

Saturday, October 5, 2013

.repeat exam??

Assalamualaikum w.b.t


umur sudah 28...
kerja tetap belum ada...
nak kerja ngan kerajaan, kena la mengadap peksa dulu..
susah gak la..
ye la, nak senang kena la bersusah-susah sikit ye takkk

ini baru peringkat pertama dan kedua..
kalau lepas, ada lagi satu menanti...
doakan la saya lulus ek..
saya nak kerja ni...

aminnnnn


tetiba rasa macam repeat spm...ada exam OMR bagai...

ini kali ketiga saya mengharungi exam yang sama..
cuma berlainan gred..

dulu 27 skang 41..

kalau dah exam pegawai tu mesti susah kan..
semestinya..
kecewa, apa yang saya study selama ni satu pun tak masuk..
bajet ini PMR ke cik kak oiii

hehe
saya tak nak terlalu berharap..
letih sebenarnya nak terlalu meminta..
takut tak dapat, frust
sampai satu tahap menangis sampai bengkak mata bengkak pipi eh pulak

saya dah lali meminta tapi tak dapat..
tapi saya sabar dan redho..

sebab mungkin,
Dia ada plan yang lebih baik..
dari apa yang saya minta

tengok la, 
saya mintak jawatan gred 27, tapi yang dapat 41..
sweet kan...
saya dah cuba yang terbaik, dapat atau tak bukan upaya saya menentukan..

sekarang,
sikit demi sikit saya mula paham dengan kerja Dia merencanakan rezeki..
mungkin saya belum layak, atau terlebih layak..
mungkin saya belum mampu, atau terlebih mampu..
apa-apa la yang saya minta selama ini..

saya percaya,
doa yang belum dimakbulkan tetap diberi pahala..
kalau tak makbul, bukan Dia tak sayang..
tapi Dia nak bagi yang lebiiihhhh baik..

kalau orang yang senang dapat,
tak semestinya Dia sayang kamu lebih..
kamu mungkin sedang diuji..
kalau la kamu terlebih bangga,
kalau la kamu terlebih sorak,
kalau la kamu lalai dalam tanggungjawab,
sekelip mata diambil balik...
pedih tuu

tak kisah la apa-apa pun
janji ia yang pernah kamu doa,
yang pernah kamu minta...

sekarang, 
saya sabar,
saya doa, 
saya ambil pengajaran...

kalau-kalau la kan.......





Friday, October 4, 2013

.cerita makan-makan

Assalamualaikum w.b.t...


cerita makan??? ngheehehe, sapa yang tak suka..
mai tengok koleksi gambo makanan yang saya amik dengan hp canggih saya..
saya nak delete sayang..so taruk sini je la..
tapi semuanya dah lenyap dari muka bumi ni la..

mai mai jamu mata


open house Aidilfitri 2013..langsai


homemade roti canai..gigih dan pulun


roti kirai dan mini burger..konon simple menu buka puasa dulu..puuiii, ini antara punca saya mendebab


homemade lokching atau sate ikan..lokching itu saya rasa bahasa Thai..lepas makan saya terus feeling jadi Siamese Woman.. Sawadekappp


Burger Mania - Suami saya bikin untuk mendemokkan saya.. Dan ianya, setapp!!


Nasi Goreng Pataya..Plating ala Masterchef Malaysia la kununn..


Cucur Badak Kontroversi.. kenapa kontroversi??
Kerana tiada badak di dalam, sebaliknya udang kering patut cucur udang kering kan



Maggi goreng pedaspemalastamakhaloba


First attempt buat kopok lekor..
Saya mempunyai darah Terengganu, so secara tak langsung saya tetiba tahu buat kopok lekor tanpa sapa-sapa ajar.. Mejik kah itu


Buttercake berhias fondant dan bunga gumpaste untuk hantaran tunang adik saya.. Ramai yang puji cantik tapi ramai jugak yang keji manih melecih..sapa suruh hang makan fondant.. tak pernah makan kek fondant letteww


Barbie cake untuk birthday anak buah saya.. ok la walaupun katik..hehe


Karipap sardin dan downline mereka yang baru masuk ahli


Lamb Chop with Blackpepper Sauce...sesekali feeling minah salleh takde salah kan??


Burppppp!!

.sudah langsai

Asslamualaikum w.b.t




Burpppp
Langsai..

apa nak resepi??
ala, koay teow goreng je pun..

yo la yola
tak bagi kang bunuh diri lak, tak pepasal ai yang glemer

Ramuan (pepandai la korang ejas, ai ni masak main campak-campak je)
  • koay teow (ai guna segenggam)
  • tauge (pun segenggam)
  • bawang putih 2 ulas - cincang kasar
  • cabai melaka a.k.a cili padi (ai letak 5 tangkai - kasi pedas baru setap)
  • cili kisar - dua sudu besar dah la
  • kicap pekat - ikut tahap tambi korang nak
  • kicap cair - untuk kasi masin (buleh kurangkan garam)
  • udang, sotong, ayam (ikut suka)
  • telur ayam - 1 sudah
Kekdahnya
  • goreng sikit udang, sotong korang..alih ke tepi jap
  • tumis bawang putih ngan cili api..kasi bau ngan hangit-hangit sikit.. tolak naik ke atas kuali then masuk pulak cili kisar. goreng sampai masak..tak masak korang sakit perut berulang la ke rumah kecik
  • taruk kicap-kicapan..gaul-gaul masuk udang sotong tadi
  • masuk pulak koay teow..
  • gaul-gaul..kalau rasa kering buleh masuk air masak sikit. jangan la sampai banjir, kang jadi koay teow kuah lak
  • masa ni buleh ejas rasa..kalau tawar taruk garam. suka manih taruk gula (ko dah kenapa)
  • tolak koay teow sikit masukkan telur..kocak-kocak biar curdle sikit..then gaul rata..
  • last masuk taugeh.. kalau ada kucai or sayur lain pun buleh letak..tapi jangan overshadow pelakon utama si koay teow tu.
  • gaul-gaul rata pastu tutup api
  • cedok dalam pinggan.. bawak pi dok depan tv, melahap la sambil tengok karoot komedia
senangkan? ai takde letak ayam/ daging/ kucai/ fishcake/ tauhu ke haper.. 
tapi kalu korang nak letak boleh je, tak berdosa pun..

cuma bagi ai, LESS IS MORE. 
banyak sangat bahan akan mengconfusekan deria rasa sajork! 

yang penting...masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas. confirm sedap punyer!!! wahh!! mammabulus berpilosopi gittew!!

kalau nak masak mi goreng, bahan-bahan dan kekdah dia sama jer.. 
cuma kucai tu ganti ngan sawi dan ofkos la koay teow ganti dgn mi kuning. hohohohoh...keji tak??

.tudung pala

Assalamualaikum w.b.t...

pelik noo tajuk camtu..haha

lately, ai tengok banyak sesangat pesen tudung..
dari pemerhatian ai la, bukan semua orang seswai pakai shawl, espesyeli yang nak kena lilit melilit sampai menjerut leher..tarik sini tarik sana..
mujur takde dengar ek orang mati dililit shawl macam yang mati makan ayam masak merah..ekheehhe

ai pon tak terkecuali..pernah jugak bajet retis melilit shawl kengkonon nak stylo la macam kawan ni.. nahh, separuh jalan terbarai shawl ai...terkeluor sideburn bagai, tersembul jambul ala roshmah mansur...malu ai tau keluaq pekan Aloq Setaq orang pandang-pandang..



gambaq kredit google

ala-ala cenggini la kunun, masa mula-mula ai berhijab..hana tajima kunun,
last terbarai macam kena taji ayam..ngehh ngehh

tapi takde la sampai jadi cenggini
gambaq kredit google



wahahahahaha..

tapi, terbarai macam mana pun, shawl tetap menjadi pojaan hatiku..
bagi la tudung apa sekalipun u name it (wahhh) ai takkan beminat..
tudung bawal, halfmoon (twilight??), yang berlapis-lapis ala langsir seperti farida, pashmina, syria, tudung ekin awning keraih pun ai tetap memilih shawl..

awat arrr...???
ha! mai nak habaq kat hampa..
ringan, comfortable, cantik, banyak design, tak rumit nak menjaga macam sesetengah tudung nak kena cucian kering ala nano sebab dah berbatu banyak dan nak kena pe'do awning tudung supaya tak terkelepet dan yang penting murah gilerrr..
haha, ai ni spisis penjimat tegar selepas menjadi suriram..semua nak cut cost supaya ai dapat makan setap setap..

bukannya ai takde tudung lain selain shawl ni..
ada
tapi jaraaaang sangat ai pakai..
tudung bawal ada 2, tudung ala farida ada 1, syria ada 1..
tapi diorang tidoq ja dalam lemari tu..
takde plan ai nak bagi diorang berkeluarga ramai..

skang ai dah tau teknik yang betul memakai shawl, so takde lagi dah masalah ditaji hayam seperti dolu dolu..ketat, melekap kemas je atas pala walaupun menampakkan pipi gendut dan dagu runcing ai tak kelihatan lagi ahh persetankan semua itu janji aku bahagia hahaha

so sekalian perempuan, nak bergaya takde hal, yang penting cermin dulu puas-puas sebelum keluar rumah.. suami nak bising sebab lambat (errr) malam nanti awak 'diamkanlah' dia ye..hahaha

cemana pesen shawl yang ai pakai sekarang??
macam dia ni ha..dah tiga tahun ai memakaiyinyerr.. 
Alhamdulillah pronounce ala tok aji tanah kuboq

gambaq kredit google

macam kawan ni la..pesen tudung, pesen muka enam tahun dulu la pun sama

memandangkan skang ni, ai hanya menjadi suriram dan tak perlu bergaya lebih-lebih, ai nak mintak hasbi ai belikan menatang ni sebagai keperluan di dapur..

bagus
hygienic, kemas, mungkin masalah tercekik rambut takde ye


tadaa!!


gambaq kredit google

boleh ye bang..

kalau takde, macam ni pun boleh..
mebi, kita buleh guna barang terbuang untuk buat balik..ngehngehh


gambaq kredit google


Daaa