Assalamualaikum w.b.t
sekadar perkongsian kita bersama..
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?
1. Perempuan yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
- Perempuan yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Perempuan yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
- Perempuan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
- Begitu juga perempuan yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Perempuan yang meninggal dunia setelah berkahwin.
- Perempuan ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Perempuan yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
- Perempuan ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Perempuan yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
- Perempuan yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
sekian, tazkirah untuk hari ini..
semoga perkongsian ini bermanfaat..
p/s: cemana kalau 'perempuan yang meninggal dunia selepas berkahwin, dan suaminya berkahwin lain'..dia jadi milik siapa ek..sapa buleh jawab???
No comments:
Post a Comment