Thursday, November 7, 2013

.umpama pengemis melihat makanan dibazir

Assalamualaikum w.b.t...

buka saja fb,
dapat perkhabaran...
melalui post beliau
dari seorang rakan, 
mengenai rakannya - perempuan bunting tak berikatan.

dengan mudah berbual tentang mahu menggugurkan.
tanpa saya sedar,
airmata deras mengalir melalukan benci yang terbit dari hati.

sama juga bila saya membaca post..
tentang cerita suami isteri yang halal senggamanya...
benih tersangkut dalam rahim...
bakal menimang cahaya mata seterusnya dalam tidak sedia.

entahla,
pasti ada alasan yang sahih dan diterima pakai..
tapi...

haihhh,
entahlah.

ini cuma perspektif saya..
saya yang miskin dalam rezeki zuriat.

ibaratnya macam pengemis melihat orang makan tak habis.
bukan salah orang makan tak habis kalau dah takdirnya dia terkenyang.
takkan saja-saja nak dibuang?

saya faham,
entahla...

maka nikmat yang mana satu dari Tuhanmu yang kau dustakan?

tak semua dibagi kurnia merumahkan nyawa di dalam badan...

maka jaga...

mohon, 
hati lebih ikhlas menjaga amanah walau bukan sebangsa manusia...
puteh, cemong, usin, julia...






No comments:

Post a Comment