Assalamualaikum w.b.t
sambung menaip lagi....
Senang je nak
datangkan mood menulis...berjaga sampai lewat pagi...saya
bukak astro warna yang cerita berulang-ulang...telinga dengar, mata dengan otak
dekat laptop....
sambung....
Tak
ada benda sangat saya nak cerita sebenarnya.
Cuma
sejak kebelakangan ini, saya banyak rasa pelik-pelik...Fikir aneh-aneh tentang
perasaan sendiri..Logiknya, saya semacam tenggelam untuk merasa apa yang saya
rasa..Dan berfikiran mendalam tentang apa yang saya fikir..Macam mimpi, dalam
mimpi. Kau kena sampai tahap tertinggi untuk mendapatkan perasaan macam saya
alami sekarang ni..
Dan
saya memang jarang untuk sampai ke tahap sebegini..Saya bukan seorang pemikir
sangat pun..Perasa mungkin iya, pemikir - bukan..Jenis meletakkan subjek ikut
rasa...Bukan untuk difikir..Jenis meletakkan perkara dalam hati..Bukan pada
akal..
Ya
ikut rasa, binasa...Klise, tapi relevan..
Sebab
tu saya jadi macam ni...Macam mana?? Macam apa-apa lah..
Barangkali
kerana lampamat menikmati rasa yang dipinjamkan kepada saya,
saya leka dengan kesedapan dunia..Saya merasa dan terus merasa..Cinta datang,
saya sambut..Saya dakap dekat ke hati dan saya terus leka di dalam satu adunan
cerita...Saya tak fikir sangat pun apa akan terjadi akibat dari setiap perkara
yang dah saya buat..Saya hanya percaya kemenangan terletak pada jiwa yang aman
merasa..
Sakit
datang, saya raih..Saya genggam sampai berdendam. Saya pegang sampai bertahun
dan akhirnya saya sendiri bengkak dalam..Semacam berbaring di atas deduri
halus..Ingatkan dah boleh selesa tidur, rupa-rupanya menempah maut sendiri..
Sekian
lama saya leka merasa, hari ni buat pertama kalinya saya meletakkan diri dalam
lubuk pemikiran yang paling dalam. Soalan demi soalan saya persoalkan..
Cintakah
saya?
Bahagiakan
saya?
Teguhkan
saya?
Kuatkah
saya?
Dicintaikah
saya?
Dibahagiakah
saya?
Betulkah
jalan yang dipandu?
Dipandukah
saya?
Apa
sebenarnya yang saya mahu?
Dapatkah
apa yang selalu saya mahu?
....krik
krik krik
Kadang-kadang
saya rasa, 'RASA' itu sendiri sungguh rumit untuk dipastikan..Sifat tak
berjasad...Yang kau tak nampak sangat benarnya. Kadang-kadang kau boleh paksa
dan palsukan rasa. Ikut nasib jugaklah kalau kau boleh rasa perasaan orang
terhadap kau.
Bukan
tak pernah saya bangun tidur dan terus rasa macam dah tak rasa apa-apa.
Sebab
itu relevannya rasa dan aksi MESTI selari. Kau sayang, tunjuk sayang. Kau
peduli, tunjuk kau kisah. Kau cemburu, tunjuk kau cemburu - biar orang jelik.
Kalau menghargai, bukan setakat di bibir. Kalau manusia boleh menikam tanda
benci, saya boleh faham akan belaian itu adalah tanda cinta. Tuhan pun marah
kalau kau percaya tapi tak menyembah Dia. Apatah lagi kita manusia hina yang
beremosi.
Dan
rentetan demi rentetan, maka tersedarlah saya betapa lama saya melupakan Dia
tatkala hati sibuk merasa sedangkan setiap sekelumit benda dalam dunia ni pun
adalah pinjaman-Nya.
Dan
apabila perasaan yang pernah dipinjamkan itu, diambil semula olehNya,
apa
lagi saki yang tinggal?
menung...
P/S: Lampamat macam
terlampau amat (memang tak ada dalam kamus dewan) Bahasa mana tah..
No comments:
Post a Comment