Tuesday, October 1, 2013

.kalau inilah sebenarnya mukadimah


Assalamualaikum w.b.t...

saya tak pernah ada belog...

kesian kan...

mari kita mula...

blues?? bluesmamabulus??

adakah anak-anak saya berbulus?? bukan

adakah emak saya punya anak berbulus?? pun bukan



ini mengenai saya, yang perasan saya masih cantik dan ramping  wekkk

hehe, tak la..

sejak bergelar suriram surirumah tembam, ada kena ngena ke saya selalu bosan.. dek kerana bosan, bentuk badan saya berubah sekaligus menyebabkan saya selalu merungut dalam hati sambil mengunyah..

bapa tiga anak kucing itu selalu suruh saya buat aktiviti berfaedah, macam bersenam tapi saya takde kasut sukan dan seluar track..takkan nak jogging pakai wedges saya nak keluar jogging dekat taman rimba tapi suami tak bagi mungkin dia takut nanti saya main mata dengan jejaka sasa yang sedang berjogging dengan baju yang berpeluh sikit dan tak busuk nampak sexy kan tapi dia selalu suruh saya jogging dalam rumah..

so, untuk buat saya ada lebih aktiviti saya buatla belog ni..moga-moga saya lebih rajin untuk memasak dan ambil gambar cantik-cantik supaya ramai viewers singgah dan komen "wow, cantiknya hias kek, nampak sedap la ayam masak tiga rasa iteww"  boleh macam tu..

tapi kenapa blues????

blog ini akan menceritakan perjalanan hidup seorang perempuan yang hidup dalam realiti blues...

apa itu blues??

takde jawapan.. bagi saya, fesyen pakaian yang sama, shawl murah, kreativiti, hidup berkasih sayang, makanan sedap, kucing adalah blues. kalau ada yang kata blues itu jiwangla kakak, saya akan kata manader, ada yang kata blues itu muzik, saya akan tetap kata manader...

sudahla...

penat membaca kan...

well,

inilah sebenarnya mukadimah..



No comments:

Post a Comment